Kelas ICT Individu (Rita Erma)

13 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas ICT secara individu. Kelas ICT ini berlangsung di Pusat Internet Kg Surau dan disertai oleh penduduk setempat yang bernama Rita Erma. Kelas bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Rita Erma merupakan seorang usahawan cendawan tiram. Kelas ICT ini merangkumi cara penggunaan microsoft word untuk membuat rancangan perniagaan atau resume disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali